Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Shukri Berdebar Tunggu Kelahiran Anak Sulungnya

$
0
0

Pelakon Shukri Yahaya teruja apabila isterinya, Nurfatihah Ahmad Adnan, 24, atau Tya Adnan bakal melahirkan anak perempuan.

Shukri, 28, berkata, usia kandungan isterinya kini mencecah enam bulan dan dijangka akan bersalin pada hujung Ogos nanti.

Terlalu aktif sampai maknya kene g hospital arini checkup. Haihh 😅

A photo posted by Shukri Yahaya (@shukriyahaya) on

“Ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami adalah perempuan. Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir sentiasa dalam keadaan sihat.

“Selepas berkahwin, tanggungjawab saya bertambah lagi. Sebagai bakal ibu bapa baru, ia memberikan satu lagi cabaran buat saya dan isteri,” katanya.

i'm much more me when i'm with you 😁

A photo posted by Shukri Yahaya (@shukriyahaya) on

Pelakon drama Suami Tanpa Cinta ini berkata, dia masih mencari nama yang sesuai buat cahaya mata yang bakal lahir.

“Selain sudah menyedikan beberapa keperluan utama anak, saya tidak ketinggalan membuat pilihan hospital untuk isteri bersalin.

“Dari segi kelengkapan barang anak, saya tidak mahu terlalu berlebihan sehingga wujudnya pembaziran. Cukup sekadar membeli apa yang diperlukan sesuai dengan usia yang baru lahir,” katanya.

Shukri dan Tya yang juga pelakon filem Ular bernikah pada 20 November tahun lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584