Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Drama Siri “Legend of the Blue Sea” Lakonan Lee Min Ho & Jun Ji Hyun di ONE November Ini!

$
0
0
Foto - Google Image

Saluran hiburan terkemuka Korea, ONE, bakal menceriakan para penonton setianya pada November ini dengan membawakan drama bersiri Legend of the Blue Sea, yang menampilkan raja dan ratu Korea Lee Min Ho and Jun Ji Hyun sebagai teraju utamanya. Tayangan perdana drama ini dijadual ke udara pada 17 November, bersiaran setiap Khamis dan Jumaat jam 8.10 malam, dalam tempoh 24 jam selepas siarannya di Korea, secara eksklusifnya di ONE.

Legend of the Blue Sea juga menyaksikan kemunculan semula dua pelakon utamanya dalam drama bersiri selepas sekian lama. Ia merupakan drama pertama yang dibintangi Lee Min Ho selepas tiga tahun, begitu juga untuk Jun Ji Hyun, yang baru menimang cahaya mata pada Februari lalu.

Drama bersiri 20 episod ini diilhamkan oleh gandingan penulis tersohor Park Ji Eun (My Love from the Star) dan pengarah disegani Jin Hyuk (The Master’s Sun, City Hunter). Ia mengisahkan tentang percintaaan selama berkurun antara seorang puteri duyung terakhir di dunia dengan jejaka yang pernah menyelamatkannya. Pada masa kini, Lee Min Ho, yang memainkan watak penipu cerdik telah bertembung dengan puteri duyung Jun Ji Hyun, yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di darat, dan pertemuan mereka itu disusuli dengan pelbagai detik mencuit hati dan romantik.

Tayangan perdana Legend of the Blue Sea akan disiarkan di ONE HD pada 17 November, bersiaran setiap Khamis dan Jumaat jam 8.10 malam, dalam tempoh 24 jam siaran Korea. Ia didapati secara eksklusif hanya melalui ONE HD, saluran Astro 393.

Untuk maklumat lanjut mengenai drama bersiri ini, sila layar www.onetvasia.com/Legend.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584