Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Faizal Tahir Pamer Konsep Kehidupan Didalam Album Terbarunya ‘Anatomi’

$
0
0
Album Faizal Tahir 'Anatomi'. Foto - arkib Wanista.com

Sejak tampil dipentas final program realiti One In A Million pada 2006, Faizal Tahir, 38, sudah menunjukkan dia bakal menjadi salah seorang penyanyi dan komposer berbakat tanah air. Kualiti vokal, lagu dan konsep muzik yang dibawanya membuktikan Faizal seorang yang cukup berbakat. Sebaik muncul dengan album sulung berjudul Aku.Muzik.Kamu setahun selepas muncul naib juara One In A Million, dia tidak menoleh kebelakang lagi.

Selepas album Adrenalin (2010) dan Faizal Tahir ( 2013), kini Faizal mengukuh namanya di persada muzik negara dengan album terbaharu berjudul Anatomi yang telah dipasarkan pada 4 November 2016. Selepas tiga tahun sepi, Faizal tampil dengan single Assalamualaikum pada 2014, Sayang (2015) dan Sejati tahun ini. Dalam pada masa sama, Faizal turut hadir dengan lagu duet seperti Faith (bersama Jacyln Victor), Inspirasi (bersama Hafiz Suip), Setia (bersama Elizabeth Tan) yang popular sebagai lagu tema drama bersiri Mencintaimu di TV3 serta yang terbaru Dirgahayu (bersama Datuk Siti Nurhaliza) dan Negaraku (bersama Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne). 

Faizal Tahir di majlis pelancaran albumnya 'Anatomi' baru-baru ini. Foto - arkib Wanista.com
Faizal Tahir di majlis pelancaran albumnya ‘Anatomi’ baru-baru ini. Foto – arkib Wanista.com

Faizal menyifatkan album Anatomi mengalami pelbagai rencah mengenai kehidupan dan perhubungan. Antaranya mengenai hubungan manusia dengan Tuhan, isteri, anak dan kekasih. Sebagai contoh, lagu Sayang lebih kepada hubungan dengan anak dan Setia dengan kekasih.

Ditanya mengenai lagu kegemarannya, Faizal berkata, dia tertarik dengan lagu Bukan Yang Pertama. Menurutnya, bukan lagu lain tidak menarik, tetapi Bukan Yang Pertama membawa maksud mendalam dalam dirinya. 

“Ia berlaku setiap hari dalam kehidupan kita. Kadang-kadang kita suka menilai seseorang berdasarkan kisah hitamnya pada masa silam. Saya rasa ia satu tindakan tidak wajar kerana semua orang harus diberi peluang untuk berubah jika mereka pernah melakukan kesalahan” katanya.

Faizal Tahir. Foto - arkib Wanista.com
Faizal Tahir. Foto – arkib Wanista.com

Umum mengetahui album-album Faizal sebelum ini sinonim dengan muzik rock. Namun, kali ini Faizal dilihat lebih terbuka dalam soal muzik. Katanya, apa yang terkandung dalam Anatomi ialah sesuatu yang dia mahu lakukan sebelum ini, tetapi tidak dapat dilakukan. Ia juga album pertama Faizal bersama Warner Music Malaysia selepas berhijrah dari Monkey Bone Records.

Album ‘Anatomi’ oleh Faizal Tahir ini merupakan sebuah edaran oleh Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. Anda juga sudah boleh dapatkan album ini di kesemua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Yonder, Joox dan juga KKbox bermula 4 November 2016. 

Album Faizal Tahir 'Anatomi'. Foto - arkib Wanista.com
Album Faizal Tahir ‘Anatomi’. Foto – arkib Wanista.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584