Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Uqasha Senrose Kesal Perniagaan Tudung Gulung Tikar, Ditipu Rakan Kongsi

$
0
0

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan perniagaan tudung bawah jenama Uqasha Senrose Collection yang dilancarkan pada September tahun lalu gulung tikar akibat ditipu oleh rakan kongsinya.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata, janji keuntungan bakal dikongsi sama rata tidak ditunaikan malah mendapati individu berkenaan hanya menggunakannya untuk menjual tudung berkenaan.

“Perniagaan itu sudah tiada kerana saya ditipu rakan kongsi sendiri dan ia sangat mengecewakan saya kerana janji dibuat hanya tinggal janji.

“Malah saya hanya dipergunakan oleh rakan kongsi untuk kepentingan peribadi membuatkan saya tiada hati lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan,” katanya.

Jelasnya, perbuatan individu berkenaan terdedah apabila dia meminta salinan pendaftaran syarikat sebelum mendapati namanya tiada sebagai rakan kongsi.

Malah kata Uqasha, sejak perniagaan itu dimulakna pada September tahun lalu, dia hanya menerima RM5,000 sebagai ganjaran selain rakan kongsinya itu berdolak-dalik berhubung hasil penjualan tudung setiap bulan.

“Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami. Saya hanya menerima RM5,000 sepanjang sembilan bulan kami bekerjasama dan saya tidak ingin teruskan lagi kerana tahu saya telah ditipu olehnya,” jelasnya.

Bagaimanapun dia tidak berputus asa malah bercadang untuk memulakan jenama baharu dan akan mengusahakan sendiri perniagaan tudung tanpa melibatkan pihak lain.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584