
Akhirnya, tiga penyanyi terkemuka negara bergabung untuk melangsungkan sebuah konsert germelapan, Konsert High Note 2016 di Istana Budaya bermula Jumaat hingga Ahad akan datang.
Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter yakin dapat mencapai nota nyanyian yang tinggi dengan suara lantang mereka bagi menghiburkan peminat serta tetamu yang akan hadir malam itu.
Idea untuk mengadakan konsert kolaborasi ini asalnya tercetus semasa Ziana dan Azlan berkerjasama untuk sebuah persembahan di Anugerah Bintang Popular tahun 2011 (ABPBH), menyampaikan lagu medly “Anggapanmu” dan “Lagu Untukmu”. Sejak itu, kedua bintang ini telah merancang untuk merealisasikan konsert bersama.
Jaclyn Victor yang pernah mencipta revolusi dalam industri muzik setelah menjuarai pertandingan realiti nyanyian Malaysia Idol suatu ketika dahulu turut diajak ikut serta. “Adalah bonus dan lebih sempurna jika Jaclyn turut menjayakan konsert ini,” jelas Azlan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.ticketpro.com.my. Tempahan tiket juga boleh dibuat di sini.
Anda juga boleh lawat Facebook rasmi konsert High Note 2016 di www.facebook.com/highnotemalaysia
Tarikh: 25 hingga 27 November 2016
Masa: Bermula 8pm
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya
Harga Tiket: Bermula RM142 hingga RM506
Kod Pemakaian: Smart Casual