
Rasminya YG mengumumkan 2NE1 kini berpecah.
Kumpulan K-pop wanita yang mula meningkat naik pada tahun 2009 dengan gandingan CL, Bom, Dara dan Minzy sudah mengakhiri masa mereka bersama. Ahli 2NE1 paling muda, Minzy sudah pun meninggalkan kumpulan tersebut pada 5 April lalu.

Walaupun sudah tidak bergerak sebagai kumpulan, CL dan Sandara Park masih mempunyai kontrak solo bersama YG. Manakala Park Bom tidak menandatangani mana-mana kontrak dengan agensi.
Ini kenyataan rasmi dari pihak YG:
“Kontrak esklusif 2NE1 telah tamat pada Mei 2016, dan Minzy turut meninggalkan 2NE1, setelah perbincangan lanjut bersama ahli kumpulan yang lain kami mengambil keputusan rasmi untuk berpecah.
2NE1 merupakan kumpulan penyanyi YG selama tujuh tahun, kami tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan kami, ianya sememangnya sukar untuk meneruskan. Daripada menunggu untuk promosi 2NE1 yang seterusnya, kami kemudian ingin fokus kepada aktiviti solo mereka.
Ikhlas kami mengucapkan terima kasih kepada peminat mereka di Korea dan di luar negara kerana menyayangi mereka dan menghargai hasil muzik mereka selama ini.
Jadi dengan rasminya kami mengumumkan melepaskan CL dan Sandara Park sejak Mei lalu. Walaubagaimanapun, tiada kontrak baru bersama Park Bom.”
Wanista mengucapkan selamat jalan kepada 2NE1 dan ketahui lah, anda merupakan kumpulan K-pop Wanita terbaik! Yes, I AM THE BEST.