
Kini hampir setiap hari hujan turun. Mungkin anda terpaksa melewati hujan dengan terjebak dalam trafik di jalanan, sendirian di rumah menikmati teh panas, stuck di pejabat mahupun kampus tanpa boleh ke mana-mana, berada dalam pengangkutan awam mendengar muzik pilihan untuk pulang ke rumah dan pelbagai lagi dilalui ketika hujan.
Orang kata hujan membawa nostalgia kepada kenangan masa lalu, betul ke? Malah, ada segelintir individu mengalami perubahan mood secara tiba-tiba saat turun hujan? Terdapat satu kajian yang dilakukan di Tokyo University mendapati bahawa mendengar lagu-lagu sedih merupakan cara terbaik untuk meningkatkan mood kita lebih-lebih lagi di kala musim hujan. Dan ini beberapa playlist lagu Korea yang penulis rasakan sesuai didengar di kala musim hujan. Alunan suara disertai irama lagu cukup mengasyikkan halwa telinga.
1. Missing You – 2NE1
Boleh dianggap sebagai lagu yang cukup sesuai didengar ketika anda putus cinta apatah lagi mengingatkan anda kepada memori lama. Nostalgia. Nostalgia.
2. I’m Young – Nam Taehyun
Angelic voice oleh Nam Taehyun menjadikan lagu ini cukup sempurna sekali. Walaupun kita mungkin tidak memahami setiap bait lirik tapi dengan mendengarkan melodi, kita seperti dapat merasai perasaan yang dialami penyanyi ini. :)
3. 11:11 – Taeyeon
Mungkin ramai lebih menyukai I atau Rain tetapi penulis memilih 11:11 kerana rentak akustiknya yang simple tetapi cukup mengasyikkan bila mendengarnya.
4. Stay – Blackpink
Stay mengingatkan penulis kepada lagu country Taylor Swift. Sambil mendengar, mulut anda turut sama menyanyi bahagian chorus “Lalalalalalala…”
5. X Song – Bolbbalgan4
Suaranya cukup enak didengar, membuatkan kita terkenang kekasih lama. Hehehe
6. Calling in Love – Suran
Just Yasss! Suran mempunyai suara yang ‘manis’ sekali ditambah duet bersama Beenzino, menjadikan lagu ini sempurna dan tidak terlalu over.
7. Dream – Suzy & Baekhyun
Dream meninggalkan kesan yang indah di telinga, suara ‘manja’ Suzy dan vokal jelas Baekhyun menjadikan lagu ini cukup sempurna sekali. Nak tahu, anda kena dengar sendiri lagu ini. Yang pasti anda akan ‘jatuh cinta mendengar suara Suzy dan Baekhyun.
Okayyy. Ini antara playlist yang penulis kerap dengar ketika musim hujan. Anda pula bagaimana? Lagu apa yang menjadi pilihan?