Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Ini Jawapan Siti Nurhaliza Dipersoal Netizen Guna Aplikasi Smule

$
0
0

Sebuah aplikasi karaoke yang sedang berkembang pesat, Sing! Karaoke by Smule atau disebut Smule merupakan sebuah aplikasi yang menyediakan kemudahan karaoke bersama dengan berjuta-juta pengguna Smule lain. 

Malahan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza turut menggunakan aplikasi Smule tetapi telah mencetuskan perdebatan peminatnya yang menganggap ia menjatuhkan kredibiliti sebagai penyanyi terkenal.

“Ramai tanya kenapa saya mencuba aplikasi tersebut. Salahkah saya ada minat yang sama seperti orang lain yang gemar rakam nyanyian mereka seolah-oleh sedang berduet dengan penyanyi yang diminati.

“Saya sama seperti mereka, mungkin kerjaya saya sebagai penyanyi membezakan saya dengan mereka. Tetapi saya juga mempunyai minat untuk mencuba aplikasi baharu, lagi-lagi ia berkait dengan nyanyian.

“Aplikasi Smule merapatkan saya dengan peminat. Mereka yang tidak berkesempatan berjumpa saya boleh bertemu dengan saya melalui Smule dan saya melihatnya dari sudut positif,” katanya.

Siti juga menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya sedang hamil dan tambah Siti, mungkin andaian itu dibuat kerana dia suka menarik baju di bahagian perut konon ingin melindungi bahagian yang berisi.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584