Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Harith Iskander Juara Funniest Person In The World 2016

$
0
0
Foto - Facebook
Laugh Factory

Tahniah buat pelawak terkemuka Malaysia, Harith Iskander yang dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Funniest Person in The World yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland, hari ini.

Harith mengetepikan pencabar terdekatnya, Alex Calleja dari Filipina apabila meraih 3.8 juta undian menerusi persembahan terakhirnya pada 8 Disember lalu, selain menghampakan tiga peserta lain iaitu Katerina Vrana dari Greece, Mino van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah wang tunai RM440,000 dan berpeluang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat (AS).

Kejayaan Harith itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi penganjur, Laugh Factory yang mengucapkan tahniah atas kemenangannya.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles