Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Sambut Krismas Dengan Alunan Muzik Indah Hanya Di Pusat Beli-Belah Lot10!

$
0
0
do-not-miss-the-christmas-caroling-performance-by-the-christmas-carol-choir-every-weekend

Seperti yang kita semua sedia maklum, Lot 10 adalah salah sebuah bangunan pusat membeli-belah terawal yang berdiri megah di kota raya Kuala Lumpur. Sama seperti dahulu, Lot 10 masih lagi mengekalkan ciri-ciri lamanya menyediakan pelbagai butik jenama mewah termasuklah ISETAN The Japan Store, Zang Toi, Braun Beffel, The Hour Glass, ZARA, NIKE Women’s, City Chain dan lain-lain.

ballet-performance-during-christmas-hope-bazaar
Persembahan tarian ballet.

Di samping bisa mengimbau memori lama di Lot 10, apa kata jom ramai-ramai kita sertai kegembiraan dan kemeriahan sambutan Krismas di pusat membeli-belah ini! Bagi menghiburkan para pelawat semua, Lot 10 ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan muzik pada 24 dan 25 Disember ini.

merchandise-booth-find-your-perfect-christmas-gifts-at-swee-lee-music-promotion-booth
Gerai yang menjual alatan muzik.

Antaranya adalah termasuk persembahan nyanyian dari kumpulan buskers tempatan, nyanyian koir Christmas Carol, jualan gerai berlandaskan produk-produk istimewa yang bisa dijadikan sebagai bingkisan Hari Natal dan banyak lagi!

Selain itu, pengunjung juga bakal dikejutkan dengan hiasan dekorasi Krismas yang serba-serbi bergermalapan, lampu-lampu yang menghiasi arca dewa-dewi Krismas, bahkan sesiapa sahaja dari semua lapisan umur dan masyarakat yang berkunjung ke Lot 10 berpeluang untuk berinteraksi dengan memainkan alatan muzik unik seperti Xylaphone, Aerophone dan Metallophone yang turut disediakan di sekitar kawasan ruang legar tengah pusat membeli-belah Lot 10. 

metallophone-constructed-from-using-notes-of-tuned-anodised-aluminum-tubes-with-steel-cable-suspension-and-stainless-steel-frame
Kanak-kanak sedang mencuba alatan muzik Metallophone.
xylophone-a-giant-scale-musical-instrument-at-lot-10-concourse
Dekorasi Krismas yang minimalis namun mampu bangkitkan aura kegembiraan.
aerophone-created-from-high-density-polyethylene-pipe
Bukan kanak-kanak sahaja berminat, pelancong asing dan orang dewasa pun turut tertarik dengan alatan muzik Aerophone.

Lot 10 sengaja mewujudkan suatu kelaianan untuk para pengunjungnya agar semua orang mampu menikmati sambutan Krismas yang bukan sahaja pada dekorasi ceria seperti pohon Krismas serta jumbaian lampu kelip-kelip, ia turut membuka peluang keemasan untuk semua bermain muzik dengan menggunakan instrumen muzik yang anda. Kanak-kanak pasti teruja!

Tidak lupa bagi mereka yang memerlukan, Lot 10 dengan ikhlas menganjurkan kempen “Make A Child Smile This Christmas” bersama badan bukan kerajaan Charwiki sebagai salah satu inisiatif untuk mengumpul dana bagi mengembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik.

Kempen
Kempen “Make A Child Smile This Christmas” anjuran Lot 10 bersama Charwiki untuk beberapa rumah kebajikan terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Anda yang beminat boleh layari www.charwiki.com untuk membeli hadiah bernilai buat anak-anak tersebut seperti alat tulis, set seragam sekolah, mahupun tiket untuk mereka pergi berhibur ke taman-taman menarik sekitar Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi Lot 10 di www.facebook.com/Lot10KL


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584