
Usia bukanlah penghalang bagi jelitawan Hollywood yang merupakan seorang penyanyi popular, Jennifer Lopez, 47 untuk menjalin hubungan akrab dengan Drake yang popular dengan lagu “One Dance” sejak kebelakangan ini.
Khabarnya, mereka berdua semakin rapat sejak pernah bekerjasama dalam sebuah projek muzik. Apa yang menguatkan lagi dakwaan mereka sedang bercinta adalah JLo sering sahaja memuat naik gambar dirinya bersama drake melepak dan bergembira bersama secara terbuka di akaun Instagram miliknya.
Menurut portal TMZ, Drake menyewa sebuah restoran pada Isnin lalu dan J.Lo hadir sebagai tetamu undangannya untuk makan malam bersama.
Restoran itu juga telah ditutup kepada orang ramai sementara 20 lagi tetamu turut diundang untuk menyertai pasangan selebriti berkenaan.
Baru-baru ini, JLo telah membuat mengumuman rasmi berkenaan perpisahan dirinya dan bekas teman lelaki, Casper Smart manakal Drake pula sehingga kini masih belum menyatakan apa-apa tentang khabar angin yang mengatakan tentang hubungan rapatnya dengan Rihanna sebelum ini.