Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Faye Kusairi Bakal Kahwin Tahun Depan?

$
0
0
Sumber: Beautifulnara

Dengar cerita pelakon Faye Kusairi bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pengarah Azmi Hatta tidak lama lagi.

Faye, 29, berkata, buat masa ini belum ada sebarang perbincangan rasmi membabitkan keluarga kedua belah pihak.

“Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kedua belah pihak belum berjumpa. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini.

“Disebabkan kekangan kerja dan masa menyukarkan kami mencari tarikh yang sesuai,” katanya kepada Harian Metro.

Apa pun, kenyataan Faye telah menafikan kesemua desas-desus yang selama ini mengatakan bahawa hubungan mereka berdua Faye dan Azmi sudah pun berakhir selepas Azmi sendiri didakwa dilihat keluar dengan wanita lain sebelum ini.

Terdahulu bekas isteri Azmi yang juga penyanyi Elly Mazlein memuat naik status di Instagram memaklumkan Azmi bakal berkahwin pada Februari depan.

“Daddy Sefhia nak kahwin Februari 2017,” tulisnya yang disertakan dengan emoji ketawa

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584