
Tahniah Julia & Pasangan!
Semalam, adalah hari yang paling bahagia buat selebriti wanita yang seorang ini, Julia Ziegler, 32, semalam sah menjadi isteri kepada Johan, seorang Jurutera Mekanikal berumur 33 tahun.
Pada majlis yang berlangsung kira-kira 11 pagi itu, Julia menerima mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama manakala wang hantaran telah dirahsiakan jumlahnya.
Perjalanan majlis resepsi diadakan dalam suasana dan keadaan yang ringkas di lokasi sama pada sebelah petang.
“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan,” kata pelakon filem Jangan Tegur itu.
Mengenai suaminya yang juga berdarah campuran, Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler menyifatkan lelaki itu hampir sempurna untuk dirinya.
“Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.
“Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya,” kata Julia sambil memberitahu, Johan banyak mengubah kehidupannya sejak mereka saling mengenali.
Berikut adalah sebahagian foto-foto sepanjang majlis berlangsung:-