
Tahniah buat Yasmin Hani yang selamat melahirkan anak kedua pada 27 Disember lalu.
Buat pertama kali, Yasmin Hani memuat naik gambar anak kedua yang diberi nama Eissa Elzander Wong di laman Instagram, semalam.
Lebih comel, anak pertamanya, Noah Ismail Wong bergambar sama. Eissa dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada jam 2.07 petang.
Gambar dua beradik itu dirakamkan @talestotell itu mendapat lebih 10,000 ‘likes’ dan dihujani lebih 100 komen dan ucapan tahniah kepada Yasmin dan suaminya, Shaarin. Malah, Instagram rasmi Eissa sudah diwujudkan di bawah nama @EissaElzanderWong.