
Aktor popular Malaysia, Sharnaaz Ahmad akhirnya membuat keputusan muktamad untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangan pilihan hati iaitu kakak kepada selebriti jelitawan Neelofa pada 1 Mac depan.
Khabarnya, pasangan dua sejoli ini bakal mengadakan upacara pernikahan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Lumpur.
Sepakat untuk tidak akan menjalankan majlis pertunangan, pasangan ini bersetuju untuk terus melangsungkan pernikahan.

Majlis resepsi sebelah perempuan pula kemudiannya akan diteruskan di sebuah hotel ibu negara pada hari yang berikutnya manakala majlis bertandang bagi pihak lelaki pula dijangka untuk dilangsungkan di Pulau Pinang pada 16 April 2017.
Di majlis pernikahan mereka nanti, Sharnaaz bakal menyerahkan lima dulang hantaran kepada Nabila, manakala Nabila bakal membalas sebanyak tujuh dulang hantaran.
Jumlah wang hantaran yang bakal diberikan oleh Sharnaaz kepada Nabila pula dirahsiakan nilainya.