Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Nora Danish Mahu Majlis Perkahwinan Serba Ringkas

$
0
0
Nora Danish dan pasangan Nedim Nazri. Foto - Metros.Events

Pelakon sensasi, Nora Danish, 34, bakal mendirikan rumah tangga bersama buah hati, Nedim Nazri. Namun dalam mempersiapkan majlis tersebut, Nora berhasrat melangsungkan dalam majlis serba ringkas dan acara wajib sahaja iaitu akad nikah. 

“Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Sudah sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin,” kata pengusaha jenama Owl by ND ini.

Nora menegaskan beliau enggan berlebih-lebih dalam merencana majlis perkahwinannya. 

“Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” katanya.

Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Mereka berkahwin pada Jun 2006 dan bercerai kira-kira dua tahun kemudian.

Sementara itu, Nora berkata tahun 2017 bakal menyaksikan dirinya mengukuhkan lagi cabang perniagaan dan dunia lakonan.

“Filem lakonan saya bersama produksi Indonesia, Syurga Yang Tak Dirindukan 2, akan ditayangkan pada bulan depan. Filem ini agak cepat memasuki pawagam walaupun penggambarannya hanya dilakukan beberapa bulan lalu.

“Komitmen saya untuk filem terbabit juga hanya selama 20 hari, iaitu 10 hari di Indonesia dan selebihnya di Budapest, Hungary.

Ketika ini, saya akan terbabit pula dengan penggambaran filem Cinta Bukan Malaikat, bergandingan dengan Ashraf Muslim. Kami akan terbang ke Makkah dan Madinah serta Bandung, bulan ini, untuk menjayakan penggambaran filem terbabit,” katanya.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583