Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

#NoMakeup – Ini Alasan Alicia Keys Berhenti Pakai Mekap

$
0
0
Foto - rcarecords.com

Banyak selebriti dunia yang lain berhabisan untuk tampil cantik dengan mekap. Namun, hal itu tidak berlaku pada Alicia Keys.

Terbaru, pelantun No One mengumumkan untuk berhenti memakai mekap di wajah. Dah kenapa pula? Dalam sebuah blog LennyLetter.comAlicia mengaku secara jujur selama ini terpaksa bertahun-tahun menjadi seseorang yang bukan dirinya, sebaliknya apa yang peminat mahukan.

“Kita semua akan sampai pada titik kehidupan untuk menjadi sempurna,” jelas Alicia berbicara tentang tekanan yang diterima wanita semata-mata untuk menjadi cantik.

“Saya tidak mahu menutupi apa yang ada dalam diri. Sama ada dalam fikiran, wajah, mimpi, dan jiwa, di mana tidak sesuai dengan perkembangan emosi saya juga,” tulisnya lagi.

Dia kini tekad untuk terus menjadi dirinya sehingga mereka yang berada di luar sana menerima dirinya seadanya.

Malah, melalui single terbarunya ‘In Common’, Alicia telah tampil tanpa mengenakan sebarang mekap di wajah. Dia juga muncul tanpa mekap untuk majalah Vanity Fair dan Fault.

#truth by #viviennewestwood Struck a chord in me 🎹

A photo posted by Alicia Keys (@aliciakeys) on

Let's do this! 😘 💜 🎤 #UCLFinal

A photo posted by Alicia Keys (@aliciakeys) on


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584