Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Tahniah! Rain Dan Kim Tae-Hee Kahwin Khamis Ini

$
0
0
Rain dan Kim Tae-Hee. Foto - Drama Fever

Usia 5 tahun perkenalan yang bermula dari mereka merakam iklan televisyen pada 2011 sehingga melahirkan bibit-bibit cinta akhirnya bakal bersatu setelah Rain mengumumkan tentang majlis perkahwinan mereka. 

Ikon pop Korea Selatan tersebut berkongsi berita baik itu dalam surat bertulis tangan yang ditujukan kepada peminatnya hari ini dan dimuat naik  di dalam Instagramnya. 

Bagaimanapun, selebriti itu berkata, majlis perkahwinan mereka tidak akan diadakan secara besar-besaran atas alasan keadaan kelembapan ekonomi dan masalah politik yang melanda negara itu ketika ini.

“Saya akan menjadi suami yang baik dan lelaki yang akan mengetuai sebuah keluarga,” kata pemuzik dan pelakon berusia 34 tahun itu.

Dalam tulisannya itu, Rain berkata, Kim, pelakon yang dua tahun lebih tua daripadanya, sentiasa berada di sisinya, memberi sokongan kepadanya ketika waktu sukar dan senang.

고맙습니다…

A photo posted by RAIN♥ (@rain_oppa) on

“Mengenai tarikh dan majlis perkahwinan, kami merancang tidak mengadakannya secara besar-besaran memandangkan keadaan yang tidak berapa stabil serta kelembapan ekonomi di negara ini ketika ini,” katanya.

Pasangan itu dijangka berkahwin di sebuah gereja Katolik di Seoul Khamis ini dengan dihadiri anggota keluarga masing-masing.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan, Kim ialah penganut Katolik yang taat pada ajaran agama itu.

Rain pernah dikurung di berek tentera selama seminggu pada Januari 2013 kerana menyelinap keluar untuk menemui Kim ketika dia menjalani perkhidmatan kerahan tenaga.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583