Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Peluang Bercuti & Bertemu David Guetta di Paris Dengan Yes!

$
0
0

Anda ingin bercuti ke Paris secara percuma? Ingin menonton konsert David Guetta secara langsung? Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Untuk pengetahuan anda, DJ hebat dari Perancis, David Guetta akan mengadakan konsert eksklusif Eiffel Tower pada 9 Jun 2016 ini dan paling syok apabila Yes, jenama 4G mudah alih di bawah YTL Communications Sdn Bhd bakal memberikan peminat peluang sekali dalam seumur hidup terbang ke Paris untuk bertemu David Guetta secara peribadi.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil bahagian dalam pertandingan, dua pemenang bertuah akan diberi tiket penerbangan, penginapan percuma untuk 4 hari 3 malam di sebuah hotel di Paris, tiket konsert dan peluang bertemu David Guetta dalam sesi ‘meet and greet’. Bukan itu sahaja, pemenang bertuah juga dapat menyaksikan perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak paling berprestij 2016 secara langsung di Paris.

Peraduan bermula sekarang sehingga 11.59 pm pada 26 Mei 2016 dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Berikut adalah info pertandingan :

1. Rakam video tarian menggunakan trek lagu David Guetta.

2. Muat naik video di Instagram dengan melengkapkan slogan “I deserve to meet David Guetta in Paris because…”. Slogan hendaklah kreatif dan tidak melebihi 50 patah perkataan.

3. Tag @ Yes4G dan hashtag #SayYesToDavidGuetta

4. Tetapkan profil Instagram kepada “Public” bagi memudahkan hakim menghakimi video.

5. Anda dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu penyertaan video seorang selagi setiap penyertaan adalah berbeza daripada penyertaan anda yang lain (ies).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh laman web rasmi  #SayYesToDavidGuetta di http://www.sayyestodavidguetta.com/ dan juga laman web Yes http://www.yes.my/v3/index.do.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583