Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Akim & Stacy Lancar Wangian Jenama Sendiri

$
0
0
Foto - Instagram kimcylovers

Mengikut peredaran masa kini, pasangan selebriti, Akim dan Stacy melancarkan jenama wangian mereka sendiri.

Mengakui menggunakan kesempatan yang ada, Stacy berkata koleksi yang dikeluarkan mereka mendapat sambutan hangat dan menepati cita rasa penggemar pewangi tempatan.

“Benar, koleksi pewangi ini dikeluarkan sementara kami masih diterima baik. Begitupun, kualiti pengeluarannya sesekali tidak dipandang remeh. Sebagai selebriti, kami memerlukan pelaburan untuk masa hadapan dan ia adalah faktor utama yang mendorong kami menceburi bidang bisnes.

“Biarpun gabungan kami berdua mendapat sambutan positif, ia tidak bermakna kami harus memandang remeh sebarang produk dikeluarkan. Sejujurnya kami perlu meneliti dari proses awal lagi bagi memastikan kualiti produk memuaskan hati,” katanya kepada BH Online.

Akim atau Akim Ahmad, 25, yang turut ditemui pada majlis pelancaran jenama Obsess itu bersetuju dengan isterinya. Begitupun menurut vokalis kumpulan The Majistret ini, beliau awalnya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menceburi bidang perniagaan.

“Jika diikutkan, saya tidak tahu hendak berniaga, namun pelbagai langkah perlu diambil untuk keluarga kecil kami. Sebagai ketua keluarga, saya perlu merencana pelaburan masa depan demi mereka. Bukan sekadar mengikut trend, kami turut berbincang dan mengkritik pilihan satu sama lain. Komen membina yang diberikan sesama kami dijadikan sebagai langkah untuk menghasilkan produk terbaik,” kata Akim.

Pewangi keluaran pasangan kelahiran Akademi Fantasia ini dihasilkan mengikut kesesuaian wangian untuk wanita dan lelaki. Akim dan Stacy turut membuka peluang perniagaan kepada pihak yang berminat untuk menjadi stokis produk keluaran mereka.

#Repost @akimstacy.obsess with @repostapp ・・・ Official Launching Obsess For Her . – made in striking minimalist design. New adventure on modern mix genuinity scents. – First class quality ingredient imported from Europe. . For Her – Stacy Obsess For Her by Stacy is a modern, glamorous fragrance, presents a new conception of feminity. Obsess For Her, reflects to simple and charming women who in loves with City she lives in. This Obsess For Her known for its opulent, golden scent shimmer on skin like sunbeams. Top notes are sweet with slightly sharp floral like jasmine, orchid. With fresh burst of fruits; peach, cool pear. The heart is woody-floral with a dot of rose and vanila. . RM65/RM70 SS #obsessperfume

A photo posted by Akim & Stacy Lovers OFFICIAL (@kimcylovers) on

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583