Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Cuma Benarkan Stacy Tidak Bertudung, Akim Dituduh Suami ‘Dayus’

$
0
0
Foto - extra.tonton.com.my

Penyanyi Akim Ahmad mendakwa dituduh dayus oleh segelintir pihak semata-mata kerana kononnya tidak “menyuruh” isterinya bertudung sebaik sahaja memeluk Islam.

Namun suami kepada penyanyi popular Stacy Anam itu berkata, bukan mudah untuknya membimbing isterinya seorang saudara baharu mendalami agama dalam masa singkat.

“Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami Islam bukanlah sesuatu yang mudah.

“Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas,” katanya dipetik Berita Harian, semalam.

#Repost @kimcylovers ・・・ Akim, Stacy lancar wangian keluaran sendiri Mengikut peredaran masa kini, pasangan selebriti, Akim dan Stacy hari ini melancarkan jenama wangian mereka sendiri. Mengakui menggunakan kesempatan yang ada, Stacy atau nama penuhnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, berkata koleksi yang dikeluarkan mereka mendapat sambutan hangat dan menepati cita rasa penggemar pewangi tempatan. "Benar, koleksi pewangi ini dikeluarkan sementara kami masih diterima baik. Begitupun, kualiti pengeluarannya sesekali tidak dipandang remeh. "Sebagai selebriti, kami memerlukan pelaburan untuk masa hadapan dan ia adalah faktor utama yang mendorong kami menceburi bidang bisnes. "Biarpun gabungan kami berdua mendapat sambutan positif, ia tidak bermakna kami harus memandang remeh sebarang produk dikeluarkan. Sejujurnya kami perlu meneliti dari proses awal lagi bagi memastikan kualiti produk memuaskan hati," katanya kepada BH Online. Akim atau Akim Ahmad, 25, yang turut ditemui pada majlis pelancaran jenama Obsess itu bersetuju dengan isterinya. Begitupun menurut vokalis kumpulan The Majistret ini, beliau awalnya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menceburi bidang perniagaan. "Jika diikutkan, saya tidak tahu hendak berniaga, namun pelbagai langkah perlu diambil untuk keluarga kecil kami. Sebagai ketua keluarga, saya perlu merencana pelaburan masa depan demi mereka. "Bukan sekadar mengikut trend, kami turut berbincang dan mengkritik pilihan satu sama lain. Komen membina yang diberikan sesama kami dijadikan sebagai langkah untuk menghasilkan produk terbaik," kata Akim. Pewangi keluaran pasangan kelahiran Akademi Fantasia ini dihasilkan mengikut kesesuaian wangian untuk wanita dan lelaki. Akim dan Stacy turut membuka peluang perniagaan kepada pihak yang berminat untuk menjadi stokis produk keluaran mereka. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/161192?m=1

A photo posted by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu meminta semua pihak memberi ruang kepada isterinya belajar dan memahami Islam sebelum membuat perubahan.

“Saya tahu ada yang mendakwa saya dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab. Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baharu dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari.

“Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam, namun berilah Stacy masa,” katanya.

Kewajipan untuk wanita Islam menutup rambut dengan hijab masih didebatkan antara ulama, namun semakin dipentingkan oleh masyarakat Melayu-Muslim kebelakangan ini.

Bekas bintang Akademi Fantasia itu juga akan menunaikan umrah di Mekah bersama anggota kumpulannya pada 18 Jun ini sehingga Hari Raya Aidilfitri, namun tidak membawa Stacy ikut bersama.

Berat hati meninggalkan keluarganya beraya keseorangan, katanya Stacy perlu belajar banyak perkara sebelum menunaikan ibadat di Tanah Suci dan berjanji membawanya bersama dalam setahun dua lagi.

“Bukan saya tidak mahu membawa Stacy bersama-sama menunaikan umrah, tetapi masih banyak yang dia perlu belajar sebelum menjejakkan kaki ke Makkah,” tambah Akim.

Stacy memeluk Islam pada Ogos tahun lalu dengan nama baharu Ummu Shaikhah Stacy Annam sebelum berkahwin dengan Akim pada Februari lalu.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles