Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Angelina Jolie Dedah Kisah Cerai Dengan Brad Pitt

$
0
0

Buat kali pertama, Angelina Jolie terbuka untuk mendedahkan kisah perceraiannya dengan Brad Pitt sejak berpisah September lalu.

“Saya tidak mahu bercerita sangat mengenainya, melainkan ia adalah saat yang cukup sukar. Kami adalah sebuah keluarga dan kami akan tetap menjadi sebuah keluarga.

“Kami akan lalui waktu sukar ini seterusnya menjadi sebuah keluarga yang lebih kuat,” katanya.

“Ramai orang pernah melalui situasi ini. Seluruh keluarga saya pernah melalui waktu sukar. Fokus saya adalah anak-anak saya, anak kami, serta mengharunginya dengan baik.

“Seperti yang saya katakan, kami selamanya akan menjadi sebuah keluarga. Itulah cara saya melaluinya, saya mengharunginya dengan mencari jalan supaya pada akhirnya ia menjadikan kami lebih kuat dan rapat,” jelasnya lagi.

Jolie dan Pitt membesarkan sebuah keluarga paling terkenal di Hollywood dengan tiga daripada enam anak mereka adalah anak angkat dari luar negara. Seorang daripadanya, Maddox, 15, berasal dari Kemboja turut menemaninya. Beliau memfailkan perceraian pada September lalu dan ketika ini diberikan hak jagaan fizikal ke atas enam anak mereka.

SUMBER

The post Angelina Jolie Dedah Kisah Cerai Dengan Brad Pitt appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584