
Sebagi pembuka tirai 2017, peneraju telko terkemuka U Mobile tampil memperkenalkan pelan prabayar baharu yang membolehkan pengguna mendapat lebih faedah berganda!
Pakej prabayar UNLIMITED POWER Prepaid ini sekaligus digabung dengan servis App-Onz™ yang bukan sahaja terhad kepada servis penggunaan internet untuk Facebook, Instagram atau Twitter sahaja malah pengguna juga bisa memanfaatkan internet tanpa had termasuklah penstriman video yang boleh dilakukan bila-bila masa tanpa perlu risau tentang kadar penggunaan data.
Untuk memberi lebih keterujaan, pelan prabayar terbaru ini turut menawarkan penggilan percuma selama 300 minit setiap bulan untuk semua panggilan ke nombor U Mobile dan sekiranya anda pengguna prabayar U Mobile sedia ada, pertukaran pelan kepada UNLIMITED POWER boleh dilakukan hanya dengan mendail *118*6*2*3# dari telefon pintar masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.u.com.my
The post Syoknya Guna Internet Tanpa Had Dengan Pelan UNLIMITED POWER Baharu Dari U Mobile! appeared first on Wanista.com.