Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Berbakat Dalam Nyanyian & Pandai Menulis Lagu? Jom Sertai Project Aloft Star!

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Bermula 1 Jun hingga 25 Julai 2016, anda yang berbakat -mempunyai suara, bijak menyusun bait lirik untuk dijadikan lagu yang pastinya membuatkan ramai pendengar jatuh hati, ini dia peluang keemasan untuk anda!

Ayuh sertai sebuah pertandingan Aloft Star yang dikuatkan bersama MTV yang kini telah kembali untuk tahun ke-3 bagi mencarai bakat-bakat baru!

Pertadingan ini bakal menjadi lebih hangat kerana tahun ini di samping membuka peluang penyertaan kepada negara China, Malaysia, Singapura, India, Macau, Thailand dan Hong Kong, ia turut melebarkan pencarian bakat ke sekitar Taiwan dan Korea Selatan!

Lebih 350 penyertaan di terima tahun lepas yang merangkumi lebih separuh juta undian dan GTXperiment iaitu kumpulan band dari Malaysia telah memenangi kelompok Asia Tenggara sekaligus mengeluarkan abum sulung mereka merangkumi lagu-lagu yang sering kedengaran di Radio tanah air.

Jelas Paras Sharma, Naib Presiden Kanan bagi MTV, Comedy Central dan Parmount Channel Brand and Digital Media Asia, Viacom International Media Networks, mereka begitu terja untuk berkolaborasi bersama Aloft untuk kali yang ketiga! Ternyata, ALoft dan MTV berkongsi visi yang sama bagi menyediakan sebuah platform untuk bakat-bakat baru melonjakkan nama mereka, menyinar dan berkembang, bukan  sahaja dalam industri muzik tanah air, malah di persada antarabangsa.

Jadi apa anda tunggu lagi? Hantarkan lagu asli ciptaan anda dari 1 Jun hingga 25 Julai ini kepada projectaloftstar.mtvasia.com. Pemenang Project Aloft Star pada tahun ini bakal membawa pulang USD$10,000! Sertai sekarang untuk menceriakan dunia dengan muzik serta alunan rentak ciptaan anda!

Untuk keterangan lanjut, sila layari projectaloftstar.mtvasia.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583