Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

K-Pop: Jay Park Kongsi Kisah Didera Semasa Menjadi Pelatih

$
0
0

Jay Park, penyanyi rap terkenal Korea Selatan dahulu pernah mengalami kisah silam yang menyakitkan. Jay Park berkata dia hampir kehilangan identiti apabila menjadi pelatih di JYP Entertainment.

Perkara itu didedahkan menerusi satu wawancara baru-baru ini. Menurutnya, kreativiti dirinya disekat apabila dia dilatih mengikut acuan yang ditetapkan agensi.

Malah, Jay Park secara terbuka mengaku pernah menangis ketika menjadi pelatih.

“Ketika itu saya naif dan hanya fikir mahu cari duit. Lebih tiga tahun saya berlatih menyanyi dan menari dengan bersungguh-sungguh.

“Tidak dinafikan ia banyak membantu namun pada masa sama hampir membunuh kreativiti dan impian saya. Pihak agensi minta saya menyanyi mengikut cita rasa mereka.

“Awalnya, ia sangat sukar dan saya tertekan. Saya menangis kerana tidak tahu apa yang mereka mahu lagi padahal sudah buat semua yang disuruh,” katanya.

Lebih teruk, pelatih berdepan penderaan mental dan fizikal. Dia beruntung kerana bagus dalam tarian namun bersimpati terhadap rakan lain yang teruk didera.

“Sudah menjadi budaya apabila tersilap lirik atau gerak tari, pelatih pasti akan dihentam teruk. Ia sangat teruk ketika itu dan saya bersyukur artis baru tidak melalui situasi ini.

“Saya selamat kerana boleh menari dengan baik. Namun, saya tidak sampai hati melihat rakan dirotan setiap kali melakukan kesilapan,” katanya.

SUMBER

The post K-Pop: Jay Park Kongsi Kisah Didera Semasa Menjadi Pelatih appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583