
‘Malam Sensasi Bersama Judika’, sebuah showcase yang diadakan secara langsung selama satu hari untuk pelanggan HyppTV di Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu di IOI City Mall Putrajaya sebagai sebahagian daripada promosi jelajah bagi memperkenalkan single terbaharunya ‘Jadi Aku Sebentar Saja’ yang akan dimuatkan dalam album terbaharu Judika.
Pengumuman bagi showcase ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ itu telah dihadiri oleh Judika, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM dan Aziana Ali, Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertaiment Malaysia yang diadakan di Menara Kuala Lumpur. Sony Music Malaysia turut menyampaikan plak di atas pencapaian penjualan muat turun nada dering mencecah 2.3 juta unit di Malaysia.

“‘Jadi Aku Sebentar Saja’ lagu yang telah digubah oleh penulis lagu Drajat. Saya tertarik dengan lagu ini sejak kali pertama saya mendengar demonya. Walaupun temponya agak sederhana, tetapi ia membawa tema yang sangat berat,” jelas Judika.
“Acap kali kita merasakan apa yang dimiliki oleh orang lain adalah lebih baik daripada apa yang kita miliki. Kita sentiasa mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah orang yang lebih berjaya daripada kita. Namun, apabila kita melaluinya, kita mula sedar bahawa realitinya tidaklah seindah yang dibayangkan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,” tambah Judika.

Pelanggan HyppTV tidak lama lagi akan dapat menikmati rakaman persembahan Judika itu di HyppSensasi, Saluran 116 dan melalui aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere semasa Hari Raya pada bulan Julai 2017.
The post Judika Dan HyppTV Bawa ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ Di Malaysia appeared first on Wanista.com.