
Selepas beberapa minggu berita perpisahannya dengan DJ terkemuka Calvin Harris tersebar luas, Taylor akhirnya membuat suatu tindakan diluar jangkaan demi meneruskan hidup solonya.
Dalam foto yang disiarkan oleh sebuah akhbar U.K The Sun, penyanyi pop itu dilihat saling bertukar kucupan malah berpegangan tangan sambil diselangi pelukan mesra bersama pelakon ternama Tom Hiddleston di Rhode Island.



Bulan lalu, pasangan yang mungkin baru dilamun cinta itu dilihat menghabiskan banyak masa bersama di acara Met Gala New York. Mereka menari berlatarkan lagu hit T.I. tahun 2004 berjudul “Bring Em Out”. Aktor filem Crimson Peak menunjukkan lagak tarinya yang halus manakala penyanyi jelita itu pula melenggokkan pinggul secara seksi ke arah Tom.

Selepas kegagalan hubungan merpati dua sejoli antara Calvin dan Taylor yang hanya bertahan selama 15 bulan itu, terdapat banyak sumber yang memberitahu portal hiburan PEOPLE.com bahawa tiada sebarang drama pun yang berlaku saat perpisahan mereka. Mereka berpisah secara rela hati, tanpa sebarang paksaan.



Pada 2 Jun yang lalu, Calvin Harris, 32, pernah memuat naik satu status di Twitter miliknya yang berbunyi “Hanya satu kebenaran di sini, ternyata ia adalah perpisahan dan apa yang tinggal hanyalah cinta dan rasa hormat.” Namun, tweet itu telah dihapuskan, bahkan mereka, Calvin dan Taylor tidak lagi menjadi pengikut di Twitter masing-masing.
