
Khabar angin selepas memuat naik gambar bersama teman lelakinya, Adam Sinclair yang berpakaian sedondon di Instagram Disember lalu, Yuna didakwa sudah pun mengikat tali pertunangan. Betul ke?
Menurut sumber, Yuna menerima lamaran Adam yang juga seorang penerbit itu, minggu lalu.
“Selepas lebih setahun berkawan, akhirnya Adam melamar Yuna pada minggu lalu dan Yuna sangat gembira dan menerima lamaran berkenaan,” kata sumber terbabit.
Spekulasi mengenai percintaan pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak September 2015 apabila gambar Yuna bersama Adam dan abangnya, Ashraf, berserta isteri beliau, Bunga Citra Lestari, bercuti di Los Angeles, California, tersebar.
Namun begitu, tiada sebarang pengakuan dibuat oleh mereka bagi mengesahkan gosip berkenaan. Sebaliknya, gambaran yang menunjukkan memang ada sesuatu antara mereka hanyalah dilihat menerusi status ataupun entri kedua-duanya di laman sosial, berserta keterangan gambar yang sangat romantis.
Untuk mengesahkan berita itu, pengurus Yuna iaitu Nor Zaina Wardah atau Wawa menafikan dakwaan berkenaan, malah mengatakan ia khabar angin semata-mata.
“Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu. Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest,” kata Wawa ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.
The post Yuna & Adam Sinclair Sudah Bertunang? appeared first on Wanista.com.