Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Siapa Sangka 10 Bintang Hollywood Ini Langsung Tidak Ambil Sebarang Minuman Alkohol

$
0
0

Melihatkan gaya hidup mereka pasti ramai menganggap yang kehidupan selebriti barat pastinya dipenuhi dengan parti setiap malam dan acara sosial yang dilimpahi minuman alkohol. Tetapi jangan terkejut kerana ada sebilangan daripada mereka ini langsung tidak pernah mengusik apatah lagi mengambil sebarang minuman alkohol. Hurmmm boleh percaya ke?

Siapakah mereka yang Wanista maksudkan?

1. Shania Twain

Foto – TooFab

Ya, jelitawan ini tidak mengambil sebarang alkohol mahupun dadah. Malah, Shania Twain merupakan seorang pengamal vegetarian.

2. Blake Lively

Foto – Us Weekly

Okay, dalam siri Gossip Girl Blake Lively merupakan seorang yang kaki parti tetapi tahukah anda bahawa dia tidak pernah menyentuh sebarang minuman alkohol. No wonder dia kelihatan glowing sentiasa!

3. Jim Carrey

Foto – Perez Hilton

Memegang kata-katanya, “hidup ini lebih cantik dari mengambil minuman keras atau mengambil dadah”.

4. Jennifer Lopez

Foto – GotCeleb

Menurut J.Lo, dia tidak minum minuman keras kerana ianya tidak baik untuk kulit. Memang masuk akal kerana lihat sahaja penampilannya yang sentiasa nampak muda.

5. Kim Kardashian

Foto – InStyle

Malah, adiknya Khloe Kardashian menjelaskan Kim memang tidak mengambil sebarang minuman alkohol, sama ada ketika mengandung atau tidak, Kim tidak melayan semua itu.

6. Tyra Banks

Foto – Refinery29

Supermodel ini sebenarnya sudah mencuba alkohol ketika usia 12 tahun dan sejak itu dia berjanji tidak akan minum minuman itu lagi sehinggalah ke hari ini.

7. Natalie Portman

Foto – celebmafia.com

Salah seorang pelakon kegemaran penulis. Menurutnya, dia lebih sukakan gaya hidup tanpa sebarang minuman yang memabukkan.

8. Kim Cattrall

Foto – Daily Mail

Cattrall menjelaskan alkohol hanya akan membuatnya sakit kelapa.

9. Jennifer Hudson

Foto – HawtCelebs

Hudson mendakwa dia tidak pernah minum minuman keras sepanjang hidupnya.

10. Russell Brand

Foto – Bandsintown

Siapa sangka dia sudah kekal sober selama 15 tahun. Syabas!

Hebatkan mereka ni?

Rujukan : 123

The post Siapa Sangka 10 Bintang Hollywood Ini Langsung Tidak Ambil Sebarang Minuman Alkohol appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583