
Apabila adik-beradik semuanya perempuan dan cuma ada seorang ‘hero’ di dlaam keluarga, maka semakin kecohlah saluran kegemaran kanak-kanak Nickelodeon.
Persembahkan, siri animasi komedi terbaru “The Loud House” yang berkisarkan tentang kemeriahan sebuah rumah, diserikan dengan kekecohan pelbagai ragam yang terdiri dari 11 orang adik-beradik di mana, cuma ada seorang sahaja lelaki di antara 10 yang lain.
Hasil ilham untuk menerbitka animasi komedi unik ini adalah berdasarkan kehidupan sebenar Chris Savino di mana dirinya mempunyai pengalaman hidup dalam keluarga sambil dikelilingi oleh adik-beradik yang semuanya perempuan.
Ia berkisarkan watak kanak-kanak yang diberi nama Lincoln dikelilingi dari kakak dan adik perempuannya mempunyai personaliti unik masing-masing termasuklah Lori, Leni, Luna, Luan, Lynn, Lucy, Lola, Lana, Lisa dan Lily.
Namun begitu, Lincoln tidak keseorangan kerana dia turut mempunyai seorang teman baik iaitu Clyde. Mereka berdua sering mencari idea bernas untuk lari dari kekecohan rumah tersebut dan di situlah titik permulaan pengembaraan yang menarik.
Chris Savino yang sebelum ini turut pernah terlibat dalam pembikinan siri animasi Rocko’s Modern Life dan The Powerpuff Girls mengetengahkan bakat seperti Grant Palmer, Caleel Harris, Catherine Taberas, Liliana Mumy, Nika Futterman dan ramai lagi sebagai suara latar bagi setiap satu watak di dalam “The Loud House”.
Jangan ketinggalamn untuk menonton siri animasi komedi yang menarik dan realistik ini, setiap hari Isnin, jam 6pm hanya di saluran Astro Nickelodeon 612!