Anda asyik dengan tarian dan nyanyi Bollywood?
GHC dengan bangga membawakan konsert jelajah Bollywood terbesar di Malaysia iaitu Da Bangg The Tour 2017.
Konsert ini menampilkan raja Bollywood, Salman Khan sendiri bakal beraksi dan menghiburkan para penonton secara langsung.
Selain itu nama-nama besar dalam industri Bollywood dan Kollywood juga berentap bersama Salman Khan iaitu Prabhu Deva, Tamannah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

Da Bangg The Tour 2017. Foto – arkib Wanista.com
Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama, konsert jelajah berbajet besar itu akan turut singgah di Hong Kong, Auckland, New Zealand serta Sydney dan Melbourne, Australia.
Da Bangg The Tour 2017 akan mengadakan persembahan di Pusat Konvensyen Mines pada 14 April 2017.
Harga tiket bermula dari RM111 (Zon Entry Zone), RM333 (Zon Kick), RM555 (Zon Ready), RM777 (Zon Jai Ho), RM999 (Zon Da Bang) dan RM2,222 (Zon Sultan).
Kaunter tiket telahpun dibuka pada Februari lalu dan kebanyakan tiket sudah habis dijual. Jadi cepat! Dapatkan tiket anda di redtix.airasia.com.
The post Menari Dan Menyanyi Bersama Salman Khan Di Kuala Lumpur April Ini! appeared first on Wanista.com.