Kontroversi terbaru dunia perfileman Hollywood yang mengangkat watak gay dalam jalan cerita mereka semakin terbuka.
Mengikut jejak langkah filem Disney ‘Beauty and the Beast’ pengarah Dean Israelite mendedahkan karakter lesbian Power Rangers Kuning ‘Trini’, lakonan Becky G menghadapi ‘masalah teman wanita’.

Foto – Pinterest
Seperti kita tahu, di Malaysia amat sensitif berkenaan hubungan homoseksual dan amat dititikberatkan oleh Lembaga Penapis Filem dalam isu seperti ini kerana ianya bakal ditayangkan secara umum.
Berikutan dengan itu, dua pawagam terbesar Malaysia seperti Golden Screen Cinemas (GSC) and Tanjong Golden Village (TGV) menarik balik tarikh tayangan takut berkemungkinan filem ini bakal dibatalkan.
Namun dari pemerhatian dalam laman sesawang Lembaga Penapis Filem, filem Power Rangers lulus pada 21 Mac dan diklasifikasikan PG13 untuk penonton yang berumur 13 tahun dan keatas sahaja.
Cuma sehingga kini masih belum ada kata putus mengenai bila filem ini ditayangkan.
Sementara itu, bagi peminat Disney ‘Beauty and the Beast’ boleh menarik nafas lega apabila filem itu disahkan tayangkan pada 30 Mac dan juga hanya sesuai untuk kanak-kanak berusia 13 tahun keatas.
The post Momen Lesbian Pula…Filem Power Rangers Ditolak Malaysia? appeared first on Wanista.com.