Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Selebriti Hollywood Ini ‘Menipu’ Warna Rambut Mereka Yang Sebenar!

$
0
0

Ramai yang tidak tahu, warna boleh memberi ekspersi emosi seseorang individu dan ruang tertentu. Tidak cukup pada cat di dinding, pakaian, warna rambut juga boleh menyerlahkan sisi yang baharu. Sama ada ia kelihatan okay atau tidak. 

Rupanya terdapat ramai selebriti Hollywood yang melakukan perubahan pada warna rambut mereka, sehinggakan ada diantara kita tidak sedar dan tidak tahu mereka rupanya selama ‘menipu’ kita secara diam! 

#1 Emma Stone

Foto – Regis Salons

Penampilan rambut perang Emma didalam filem Spiderman mengejutkan ramai peminat beliau kerana mereka tidak menyangka itu warna rambut sebenar Emma. Tapi warna mata hijau lebih terserlah jika beliau berpenampilan dengan rambut rona merah! 

Foto – themodernette.blogspot.com

#2 Julia Roberts 

Foto – StyleCaster

Diawal karier lakonan Julia Roberts membiarkan warna coklat asal sebenar rambut menjadi pilihan. Kini beliau mewarnakan sedikit rambutnya dengan warna honey blonde. Boleh dikatakan Julia sangat sesuai dengan warna tersebut sampai ada yang lupa warna sebenar rambutnya berwarna coklat. 

Foto – pinterest.com

#3 Scarlett Johansson

Foto – Hair color Ideas

Siapa sangkat Scarlett sewaktu comel dan manis dengan warna rambut coklat semulajadi. Kini beliau kelihatan garang dan berani dengan warna perang potongan pendek. Manis itu masih ada..

Foto – E! Online

#4 Amy Adams

Foto – Pinterest.com

Warna rambut si Amy Adams ini pernah menjadi pertikaian di laman sosial kerana ada segelintir peminat keliru dengan warna sebenar rambut beliau. Rupanya Amy adalah si pemilik rambut bewarna coklat, namun dia lebih suka tampil dengan warna merah atau ginger hair.

Foto – BeautyFrizz

#5 Jessica Simpson 

Foto – Hair color Ideas

Jessica bijak memilih mewarnakan rambut asli coklat kepada warna perang kerana ia menaikkan seri kulitnya dan juga menyerlahkan warna anak mata beliau. Jadi tak salah rasanya Jessica tidak kembali semula pada warna asli rambutnya. 

Foto – TheGloss

#6 Charlize Theron 

Foto – Pinterest.com

Warna hitam rupanya warna asal si jelita Charlize! Dia kini yang lebih selesa dengan penampilan warna perang dan ia menaikkan seri wajah si Charlize. Tak percaya? Cuba anda bandingkan..

Foto – beautyeditor.ca

#7 Jennifer Lopez

Foto – Pinterest.com

Amboi, lain sangat JLo dulu..rupanya dia juga memiliki warna rambut hitam pekat tapi kini dia kekal dengan rambut coklat perang. Serius warna ini memang memberi efek seksi pada JLo. 

Foto – Pinterest.com

#8 Gwen Stefani 

Foto – Feministing

Jika dahulu ratu rapper ini kelihatan manis dengan rambut coklat, tapi kini dia kekal gaya warna rambut perang dan bergincu merah menyala..

Foto – glamour.com

Apa pendapat anda? Mereka lebih sesuai dengan rambut lama atau baru? 

Rujukan

The post Selebriti Hollywood Ini ‘Menipu’ Warna Rambut Mereka Yang Sebenar! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584