Dilaporkan, seorang wakil dari SBS secara rasmi mengesahkan bahawa program Running Man akan menambah dua ahli baru.
Dua ahli baru yang dimaksudkan itu adalah comedian Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min. Kedua-dua Yang Se Chan dan Jeon So Min akan memulakan penggambaran dengan Running Man pada 7 April.
Bahkan, Running Man menjelaskan rating program itu melakukan peningkatan mendadak ketika Yang Se Chan dan Jeon So Min datang sebagai tetamu sebelum ini.
Rancangan ini kini mempunyai sejumlah lapan orang ahli termasuk ahli-ahli semasa Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, HaHa, Lee Kwang Soo, Ji Seok Jin dan Kim Jong Kook.
Dengan tambahan dua ahli baru, wakil Running Man berkata mereka akan terus memperbaiki malah format rancangan juga akan ditukar walaubagaimanapun maklumat tepat tidak didedahkan.
The post Running Man Tambah Dua Ahli Baru, Siapa Mereka? appeared first on Wanista.com.