#RelationshipGoals! Setiap tahun sekurang-kurangnya dua atau tiga pasangan romantis hadir dari drama-drama popular Korea. Bermula dari drama yang mencipta fenomena di sekitar Asia, Winter Sonata sehinggalah ke Weightlifting Fairy Kim Bok-joo, keserasian antara mereka membuatkan kita sebagai penonton tertanya-tanya adakah mereka ini bercinta di luar lokasi? Ataupun sekadar bekerja sahaja?
Contoh terbaik boleh dilihat pada #SongSongCouple yang popular menerusi drama hebat Descendants of The Sun. Yang pasti setiap kali anda melihat adegan mereka bersama, rasa berbunga apatah lagi turut tersengih seorang diri, betulkan?
Jadi, siapa pasangan drama Korea paling romantis, serasi mahupun sweet di mata anda?
1. Bae Yong-joon & Choi Ji-woo, Winter Sonata

Foto – herworldPLUS
Dingin musim salji yang menyaksikan kisah cinta dua manusia, Jun Xiang dan U-Jinn dalam Winter Sonata masih melekat di perasaan. Drama bersiri Korea yang disiarkan di TV3 sekitar tahun 2003 ini semacam ada ketagihan yang kuat untuk terus menontonnya. Bae Yong-joon & Choi Ji-woo forever be my favorite K-Drama couple!
2. Lee Da Hae & Lee Dong Wook, My Girl

Foto – Master of Diao – WordPress.com
Okay, penulis mengaku bahawa penulis lebih berminat pada drama dahulu berbanding drama yang sekarang ini. Satu lagi pasangan cukup romantis dan lucu adalah Lee Da Hae dan Lee Dong Wook dalam My Girl. Jalan cerita yang menarik, unik, kelakar dan sedih tak lupa juga soundtrack yang cukup popular pada masa itu.
3. Ku Hye Sun & Lee Min Ho, Boys Over Flowers

Foto – Pinterest
Siapa sini cukup benci dengan watak Lee Min Ho dalam Boys Over Flowers? Dengan rambut kerinting, berlagak, sikap yang cukup ‘busuk’ dan banyak lagi perkara negatif tentang dirinya yang membuatkan kita meluat melihatnya, iye kan? Tapi sikap romantisnya pada Geum Jan-Di memang penulis salute dan cair.
4. Song Hye Kyo & Soong Jong Ki, Descendants of the Sun

Foto – Soompi
Drama hebat Descendants of The Sun terusan menjadi fenomena, bukan sahaja di Korea tetapi serata Asia, Timur Tengah, Amerika Latin dan Amerika Utara. Descendants of the Sun membuatkan ramai orang berharap Song Joong Ki dan Song Hye Gyo menjadi pasangan di dunia nyata. Kenapa? Chemistry yang ditonjolkan mereka memang luar biasa.
5. Shin Min Ah & So Ji Sub, Oh My Venus

Foto – Pinterest
Siapa peminat So Ji Sub? Cepat, mengaku? Boleh dikatakan mereka adalah salah satu pasangan onscreen pilihan peminat drama Korea. Chemistry yang dipaparkan dalam setiap babak cukup berkesan sehingga membuatkan kita sebagai penonton turut terasa tempiasnya. Mungkin disebabkan Shin Min Ah yang comel dan lucu ataupun So Ji Sub dengan six packs?
6. Yoon Eun Hye & Gong Yoo, Coffee Prince

Foto – KDrama Fighting!
Ini satu lagi pasangan yang hebat di dalam skrin. Cukup serasi, romantik, nakal, selamba dan banyak lagi boleh disenaraikan. Simple, I love these two! Walaupun sekadar pelukan biasa ataupun piggyback ride, mereka begitu comel sehingga ia menyakitkan.
7. Jo In-sung & Gong Hyo-jin, It’s Ok, That’s Love

Foto – Soompi
Pada pendapat penulis, Jo In-Sung merupakan on-screen partner paling serasi Gong Hyo-jin. Lakonan mereka kelihatan cukup natural malah ramai percaya mereka bercinta di luar skrin. Anda mesti berasa begitu juga kan?
8. Jang Hyuk & Jang Nara, Fated To Love You

Foto – Shad – blogger
Bermula daripada drama Successful Story of a Bright Girl sehinggalah Fated To Love You, kerasian mereka cukup hebat. Setiap kali melihat babak sedih mereka dalam Fated To Love You, air mata penulis laju sahaja. Alahai #JangJangCouple!
9. Hyun Bin & Ha Ji Won, Secret Garden

Foto – nikanda.bloggang.com
Apa yang menarik tentang pasangan ini adalah ketika mereka berdua memerlukan di antara satu sama lain. Mereka mempunyai connection yang cukup kuat sehinggakan I get butterflies in my stomach. Gitu!!
10. Kim Jung Eun & Park Shin Yang, Lovers in Paris

Foto – www.hancinema.net
Ya, pasangan ini kelihatan agak tua berbanding yang lain tapi penulis sukakan mereka. Selain jalan ceritanya ala Cinderella tapi penuh konflik, keserasian di antara tunjang utama ini hebat diperkatakan sehingga berjaya memenangi anugerah Best Couple di Korea.
Anda rasa mereka ni sweet tak? Kalau anda ada pilihan sendiri, bolehlah komen di bawah.
The post 10 Pasangan Drama Korea Paling Manis Seperti Madu Pilihan Wanista appeared first on Wanista.com.