
Kesibukan serta kesesakan lalu lintas sedikit sebanyak pasti memberi tekanan kepada anda. Sudahlah sesak, destinasi yang dituju pula terkandas dek kerana tersesat jalan.
Tidak perlu khuatir, kerana kini anda bisa muat turun suara pandu-arah yang lunak berlagu memimpin anda ke destinasi yang dituju dengan selamat serta efisyen!
Minuman susu kultur nombor 1 di Jepun, Calpis dengan kerjasama aplikasi trafik dan pandu arah WAZE, mengangkat selebriti tempatan/antarabangsa Yuna untuk menjadi suara pandu-arah berlagu pertama di Malaysia Ya, sesuai sangat untuk dimanfaatkan musim Aidilfitri ini!

Calpis mahu semua pengguna jalan raya sentiasa berada di dalam keadaan selamat sepanjang musim perayaan ini. Undangan ke rumah terbuka di rumah sanak-saudara mahupun sahabat handai pasti dapat dipenuhi dengan adanya bantuan WAZE, lebih-lebih lagi apabila suara Yuna yang berkumandang, menjadikan perjalanan lebih ceria serta bermakna!
Untuk menambah seleksi kegirangan anda, Calpis turut menawarkan perisa Anggur baharu yang hadir dalam botol bersaiz 350ml dan 1Liter. Segarkan badan sementara menuju ke destinasi dengan minuman berkhasiat dari Calpis!
Klik “play” pada bar audio di bawah untuk dengar pandu arah berlagu Yuna
Anda mahu Yuna menyertai pengembaraan anda? Muat turun aplikasi trafik dan penunjuk arah WAZE dari iOS atau Android App Store. Jangan lupa pergi pada pilihan menu dan klik pada tetapan (settings). Di bawah bar tetapan, pilih “sound” dan tentukan “English (UK) -Yuna | Calpis”.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!