Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Fattah & Fazura Bakal Berduet Untuk OST Hero Seorang Cinderella

$
0
0

Inilah saat yang dinantikan semua peminat! Terbaru, Fazura mengumumkan beliau bakal berduet dengan Fattah untuk lagu tema Hero Seorang Cinderella. Pihak pengurusan mereka sudah mengesahkan perkara tersebut dan mereka bakal memasuki studio rakaman tidak lama lagi.

Jelas Fazura bila ditanya tentang pendapatnya, “Ya, saya baru dapat pengesahan tentang lagu itu daripada pihak pengurusan pada hari ini. Saya dan Fattah akan menyanyikan lagu duet berjudul sama dengan drama tersebut iaitu Hero Seorang Cinderella.

“Sepatutnya malam ini kami kena masuk studio untuk rakaman tetapi masing-masing sibuk. Insya-Allah dalam masa terdekat”.

Instagram Photo

Dengar kata, lagu yang bakal mereka dendangkan itu pula bergenre pop dan ia mungkin karya penyanyi dan penulis lagu terkenal, siapa lagi kalau bukan Aizat Amdan yang juga merupakan pencipta lagu bagi single sulung Fattah, “Wanita Terakhir” sebelum ini.

Dipetik dari portal berita mStar pula, kata Fazura dirinya selesa berlakon dengan Fattah malah Fattah juga bukanlah pelakon ‘kayu’ seperti didakwa ramai sebelum ini.

Instagram Photo

Mengulas lanjut, “Fattah berlakon dengan baik dan ada bakat cuma dia masih takut nak cungkil lagi. Mungkin juga kerana dia sedikit terkesan dengan pendapat orang selama ini. 

“Saya minta dia luangkan banyak masa dengan saya ketika di set penggambaran supaya kami dapat keserasian sebagai pasangan kekasih. Bukan senang untuk dapat keserasian itu,” tambahnya. 

Siapa yang dah terasa kehangatannya? Sama-sama kita nantikan drama bersiri terbaharu, Hero Seorang Cinderella arahan Pengarah paling sempoi, Michael Ang!

SUMBER 1 & 2

The post Fattah & Fazura Bakal Berduet Untuk OST Hero Seorang Cinderella appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583