Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Vogue Magazine Pilih Sulli ‘Gadis Paling Comel di Dunia’ (Gambar)

$
0
0

Vogue Magazine memilih Sulli sebagai ‘Gadis Paling Comel’ di Dunia’.

Sebelum ini, Vogue Magazine telah menerbitkan satu artikel berkaitan bekas anggota kumpulan f(x), Sulli yang dikatakan berjaya menonjol dari selebriti lain dalam dunia fesyen.

Foto – Tumblr

Vogue memuji gaya fesyen unik Sulli dan pemilihannya untuk menjauhkan diri daripada item fesyen biasa seperti pakaian sukan. Sebaliknya, Sulli lebih memilih untuk berpegang kepada imej yang sesuai dengan dirinya, yang cenderung kepada gaya vintaj yang lebih girly. Sebagai contoh, Sulli berjaya suai padan antara sweaters bersama vintage Chanel scarves, denim flares bersama kitten heels dan gincu bibir rona merah hati sebagai pelengkap gaya.

Foto – Tumblr

Menerusi tajuknya sahaja ‘Is Korean Actress Sulli the Cutest Girl in the World?’, Vogue terusan memuji fesyen dan visual Sulli yang boleh memukau ramai.

Foto – Pinterest

Wanista sendiri bersetuju kerana Sulli boleh dikatakan sentiasa menonjol bila menghadiri acara formal atau semi-formal, walaupun pilihan fesyennya simple tetapi pembawakan diri Sulli membuatkan dia menyerlah.

Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

Sulli boleh diibaratkan seperti ‘kanvas putih’, apa sahaja gaya dan fesyen tampak sempurna pada dirinya walaupun sekadar mom jeans bersama t-shirt polos, langsung tiada cacat cela.

Foto – Tumblr

Anda setuju dengan pengiktirafan Vogue Magazine?

The post Vogue Magazine Pilih Sulli ‘Gadis Paling Comel di Dunia’ (Gambar) appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles