Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Katy Perry Orang Pertama Ada 100 Juta Pengikut Di Twitter

$
0
0

Bintang pop 32 tahun yang sering mencetuskan kontroversi dalam video muzik lagu-lagunya, Katy Perry telah mencipta sejarah apabila menjadi orang pertama di platform media sosial Twitter untuk mempunyai 100 Juta pengikut mengalahkan Justin Bieber dengan hampir 97 Juta pengikut serta Taylor Swift yang memiliki 85 Juta pengikut.

Foto -Rich Fury/Getty Images

“Hari ini kita melihat sesuatu yang bersejarah. Tahniah Katy Perry, yang pertama mendapat 100 juta pengikut!” kata Twitter dalam satu kenyataan yang menggunakan hashtag #WITNESShistory iaitu juga rujukan kepada album kelima dan terbaru Katy.

Penyanyi berusia 32 tahun itu baru-baru ini menyiarkan kehidupannya secara langsung selama 96 jam dan mengajak peminatnya menyaksikan aktiviti hariannya tidur, masak, melakukan yoga, bermain dengan anjingnya Nugget serta berbual dengan beberapa selebriti yang mengunjungi rumahnya.

Walaupun kehidupannya disiarkan untuk seketika menerusi 41 kamera, Katy – atau nama sebenarnya Katheryn Hudson – mengakui tahap perhatian diberikan terhadap kehidupannya masih sukar diterima sepenuhnya.

“Saya memang mempunyai watak Katy Perry yang dikenali semua orang tetapi sebenarnya ia sekadar topeng.

“Saya cuma manusia biasa yang hidupnya diperhatikan,” katanya.

SUMBER 1 & 2

The post Katy Perry Orang Pertama Ada 100 Juta Pengikut Di Twitter appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584