Setiap daripada kita mempunyai obsesi terhadap sesuatu, mungkin makanan, permainan video, barang permainan, kosmetik, muzik dan pelbagai lagi yang memberikan kepuasan malah kegembiraan kepada individu tersebut.
Sama seperti kita semua, para selebriti ini juga dilihat mempunyai obsesi dalam mengumpul barang permainan atau lebih kepada soft toy dan mereka ini semua merupakan selebriti lelaki.
Nak tahu apa yang mereka kumpul sehingga penuh satu bilik, hah lihat sini.
1. BTS Rap Monster

Sangat berkarisma di atas pentas tetapi bila di luar, jelas dan terang Rap Monster obses mengumpul soft toy salah satu watak Line iaitu Ryan. Bukan bilik sahaja penuh dengan Ryan malah kek hari jadinya juga berbentuk Ryan.

2. Kris Wu

Bekas ahli kumpulan EXO ini juga obses mengumpul soft toy daripada pelbagai jenis haiwan. Bahkan dibawanya sekali terbang bersama.

3. Super Junior Heechul

Ingatkan perempuan sahaja yang layan Frozen tetapi siapa sangka Heechul obses mengumpul barangan eksklusif Frozen. Dari selimut, bantal, casing, bed sheet, soft toy semuanya dari Frozen.

4. BTS Jin

Selain Rap Monster, Jin sukakan segala-galanya tentang Super Mario. Daripada patung bersaiz kecil sehinggalah ke besar, semua Jin ada. Tak percaya? Lihat bilik tidurnya.

5. BigBang Top

Selain mengumpul seni lukisan daripada pelukis serata dunia, Top juga dilihat mempunyai obsesi pelik melibatkan jenama patung tertentu yang dipanggil ‘Bear Bricks’. Bahkan ahli kumpulan yang lain ada menyatakan rumah Top kini menyerupai sebuah muzium mainan.

6. CNBLUE Yong Hwa

Jika tidak bermain muzik, penyanyi hebat ini gemar mengumpul patung The Simpsons. Yong Hwa miliki anak patung, t-shirt, bantal selimut bahkan pakaian dalam juga dari watak-watak The Simpsons.
Wahhh siapa sangka mereka obses mengumpul anak patung. Bila beraksi di atas pentas cukup bertenaga dan penuh karisma tetapi sebenarnya dalam hati ada taman rupanya. So cute!
The post Hati Tisu! 6 Selebriti Lelaki Ini Obses Kumpul Anak Patung. Siapa Mereka? appeared first on Wanista.com.