Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Jun Ji Hyun Sah Hamil Anak Kedua!

$
0
0

Pelakon hebat Korea, Jun Ji Hyun dilaporkan sedang hamil anak kedua. Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, Culture Depot semalam.

Usia kandungan Jun Ji Hyun atau juga dikenali sebagai Gianna Jun kini mencecah 10 minggu.

“Jun Ji Hyun telah mengesahkan kehamilannya selepas membuat pemeriksaan di hospital baru-baru ini. Ji Hyun kini lebih berhati-hati untuk menjaga kandungannya memandangkan masih lagi di peringkat awal. Ini merupakan berita gembira dan diharapkan peminat dapat memberikan sokongan kepadanya,” katanya.

Pelakon cantik ini dijangka bakal menimang cahaya mata keduanya pada Januari tahun depan. Jun Ji Hyun telah berkahwin dengan Choi Jun Hyuk pada 13 April 2012 dan dikurniakan seorang anak pada Februari 2016.

The post Jun Ji Hyun Sah Hamil Anak Kedua! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584