Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Hafiz Hamidun Kata Kena ‘Block’ Instagram, Isterinya Pula Minta Bukti

$
0
0

Susulan dari komen netizen tentang pemakaian isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa. Netizen menegur Hafiz tentang soal menjaga pakaian isterinya. Namun apa yang mengejutkan Hafiz sendiri tidak mengetahui hal itu kerana dia telah disekat untuk menjadi pengikut di Instagram milik isterinya sendiri!

“Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut.

“Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya.

“Jadi, buat masa sekarang ini tak ada apa yang boleh saya komen,” kata Hafiz kepada mStar Online.

Lain pula dengan pendapat isterinya, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Amin turut mendakwa perkara tersebut merupakan fitnah terhadap dirinya dan meminta dikemukakan bukti sekiranya benar dia menyekat suaminya sendiri daripada Instagram. Dia turut memberitahu akan mengambil tindakan saman terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya itu.

Ada bukti saya sekat (Block) account Instagram suami saya..?? Saya akan saman siapa yg buat fitnah ni..!! kenapa nak…

تم نشره بواسطة ‏‎Siti Arifah Amin‎‏ في 4 يوليو، 2017

Terdapat beberapa portal telah memohon maaf dengan salah faham yang berlaku dan Joy menerima maaf mereka. Nasihat dari Joy sebelum membuat apa-apa kesimpulan, sila minta penjelasan dari pihak dia dan suami supaya tidak berlaku keretakkan silaturahim antara mereka. 

Terima kasih Admin "TERBAKOR".. saya terima permohonan maaf ini.. Saya juga mohon page2 yang lain jangan sebarkan lagi…

تم نشره بواسطة ‏‎Siti Arifah Amin‎‏ في 4 يوليو، 2017

Jadi sebenarnya Joy sekat atau tidak Hafiz Hamidun di Instagram? Menurut dari ulasan Joy di BH Online pula..

“Sebenarnya berlaku sedikit kekeliruan, itu saja. Buat masa ini saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut bagi menjaga rumah tangga,” katanya ringkas kepada BH Online.

SUMBER 12 & 3

The post Hafiz Hamidun Kata Kena ‘Block’ Instagram, Isterinya Pula Minta Bukti appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles