Juiceco Malaysia, kedai jus buah-buahan terbesar di Malaysia yang lain dari yang lain telah dilancarkan secara rasmi di Bangsar. Ia merupakan kedai jus buah-buahan yang menyajikan lebih daripada 200 jenis jus buah dan sayuran yang unik, menarik dan tanpa bahan pengawet. Harga minuman yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM15 setiap gelas iaitu jus campuran, smoothie, susu kocak dan sebagainya.
Juiceco Malaysia turut pamerkan hiasan dalam kedai berunsurkan buah-buahan segar yang unik dan inovatif untuk memberikan pengalam baru kepada para pelanggan semasa menikmati minuman kegemaran. Juiceco milik syarikat Vitamin Palace dari Timur Tengah dan mereka merancang untuk membuka lagi 3 atau 5 cawangan di Lembah Klang dan di negeri-negeri lain seperti Johor dan Pulau Pinang.
Pada majlis pelancaran tersebut, aktres hebat Bollywood Kareena Kapoor Khan membuat kemunculan kali ketiga melawat Malaysia dan kali ini sebagai tetamu istimewa Juiceco Malaysia.
Beliau berkongsi jus kegemaran dari Juiceco iaitu the Jamaica. Jus campuran buah mangga, pisang, epal, lobak merah dan nenas dan topping dengan ais krim.






Baca: Kareena Kapoor Datang Malaysia Julai Ini!
Untuk gambar dan video lain Kareena Kapoor di Instagram @wanistadotcom
Juiceco terletak di No.2, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan informasi terkini tentang aktiviti yang diadakan di Juiceco, sila layari laman web Juiceco Malaysia juiceco.com.my atau laman Facebook www.facebook.com/juicecomalaysia/.
The post Kareena Kapoor Datang Bangsar Lancar Kedai Jus Juiceco Terbesar Di Asia! appeared first on Wanista.com.