Pejam celik, pejam celik, dah lima bulan rupanya usia anak pelakon dan penyanyi kacak Harris Baba ni.
Biarpun baru sahaja setahun jagung, Aleena Ziya mampu menggugat hati netizen dengan kocomelannya, lebih-lebih lagi ‘pipi pau’ yang dimilikinya itu.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi oleh Harris di akaun Instagram (IG)nya, Harris memberitahu berat anak perempuannya itu kini sdudah mencecah 10 kilogram.
“Happy 5 months my BomBom! Rasa macam tak percaya awak berat awak dah mencecah 10 kg. Hehe,” tulisnya ringkas
Bukan itu sahaja, Harris juga tidak ketinggalan memuat naik beberapa foto-foto yang memperlihatkan ragam dan keletah anak sulung perempuannya itu buat tatapan peminat dan para pengikut instagram sekalian.
Macam mana?
Geram betul tengok Aleena Ziya ni kan?
The post Tembam Macam “Michelin”, Baru Lima Bulan Berat Anak Harris Baba Dah Capai 10kg appeared first on Wanista.com.