Dengar kata Alif Satar dan Neelofa bakal bergandingan dalam sebuah drama bersiri berjudul Red Velvet tidak lama lagi!
Walau bagaimanapun, isteri kepada Alif memberitahu bahawa dia tidak gusar jika ada timbulnya gosip tidak enak antara suaminya dengan pelakon wanita itu.
“Gosip itu biasa dalam dunia artis, pada saya saya tidak risau mengenainya kerana saya percaya dengan Alif.
“Sebelum ini pun ketika dia berlakon dalam Dia Semanis Honey, Alif selalu bawa saya berjumpa dengan Siti Nordiana sehinggakan kami jadi kawan rapat. “Saya tahu Alif kerja dengan ikhlas,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, Shadila juga berkata peluang ini adalah suatu pendedahan yang bagus buat suaminya untuk menonjolkan bakat dalam bidang lakonan.
“Saya sebenarnya gembira untuk Alif bila dia beritahu akan bergandingan dengan Neelofa, saya percaya ia bakal jadi satu fenomena yang hebat sama seperti Lofatttah sebelum ini,” tambahnya.

Drama bersiri Red Velvet akan mula ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis sebaik drama Mencintaimu Mr Photographer tamat bersiaran.
The post Isteri Restu Alif Satar Bergandingan Dengan Neelofa Dalam Red Velvet appeared first on Wanista.com.