Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Cemar Kemuliaan Syawal, PAS Bantah Konsert Selena Gomez

$
0
0
Foto - www.prworldwidelive.com

Pemuda Pas menzahirkan bantahan ke atas penganjuran konsert  ‘Selena Gomez – The Revival Tour’ yang akan diadakan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai depan.

Ini kerana menurut pihak Pemuda Pas, kemunculan penyanyi dari Barat itu dikatakan mencemarkan kemuliaan Syawal.

Menerusi satu kenyataan hari ini, pihaknya berkata, kerajaan sepatutnya merujuk terlebih dahulu Garis Panduan Hiburan yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan seksi ini adalah mencemarkan kemuliaan bulan Syawal yang sedang diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam dan menghidupkan lagi budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.

“Kerajaan sepatutnya merujuk dan menguatkuasakan garis panduan yang diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun lalu (untuk kelulusan sebarang penganjuran konsert),” kata pihaknya.

Dalam pada itu, pihaknya turut melahirkan rasa kesal berikutan kebenaran penganjuran pihak berkuasa kepada pihak penganjur konsert tersebut.

“Kami harap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga dapat mengeluarkan kenyataan bantahan atau surat rasmi bagi menyekat kehadiran Selena Gomez yang jelas boleh merosakkan aqidah, ibadah dan akhlak umat Islam.

“Kerajaan atau pihak berkuasa pula sepatutnya perlu lebih tegas dan cermat sebelum meluluskan sesuatu penganjuran konsert. Adalah menjadi keutamaan dan tanggungjawab kami untuk memastikan tidak wujud unsur-unsur yang boleh merosakkan generasi muda Malaysia,” katanya lagi.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583