Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Jom Tengok! 10 Filem Terbaik Tentang Tukang Masak & Makanan

$
0
0

Bila berborak tentang filem atau movie , setiap individu pasti mempunyai jalan cerita kegemaran masing-masing.

Asyik genre cinta dan seram je, klise betul kan?

Jadi apa kata kali ni penulis cadangkan anda beberapa judul filem yang berkisarkan tentang kehidupan tukang masak dan tentunya lebih menarik untuk ditonton kerana diwarnai dengan seribu-satu makanan yang enak-enak.

Jom lihat 11 filem terbaik tentang chef dan masak-masak khas buat anda si pencinta makanan!

#1 Julie & Julia (2009)

Adaptasi dari kisah benar. Mengisahkan seorang wanita bernama Julie yang benci akan pekerjaan hariannya lalu mencabar diri untuk memasak semua resepi mengikut buku masak nukilan Julia Child iaitu seorang tukang masak termahsyur di Perancis.

#2 Burnt (2015)

Menceritakan liku-liku hidup, turun naik seorang lelaki yang mempunyai minat mendalam terhadap kerjayanya sebagai tukang masak profesional. Walau bagaimanapun, emosinya sering terganggu, menguji kemampuan diri untuk terus berjaya dalam bidang tersebut.

#3 The Hundred-Foot Journey (2014)

Bila wanita Perancis dan lelaki India beradu ego. Cinta, masakan tradisi, kekeluargaan, keharmonian bangsa, semuanya bergabung dalam satu filem artistik ini!

#4 No Reservations (2007)

Setelah kematian kakaknya, hidup Kate iaitu seorang tukang masak restoran ini serta-merta berubah. Fikirannya serabut dipengaruhi cabaran yang memerlukan ketabahan kental namun akhirnya menemui cinta sejati yang mampu meleraikan segala kesukaran hidupnya.

#5 Chef

Kisah tukang masak yang bercita-cita tinggi untuk menyentuh hati dan perasaan orang menerusi masakannya.

#6 The Ramen Girl

Datang ke Tokyo untuk mencari teman lelakinya, namun ditinggalkan. Bagi menghilangkan kekecewaan, dia terus tinggal di Jepun sambil menimba ilmu bagaimana untuk menyediakan ramen paling sedap menggunakan teknik yang dipelajari oleh pembuat ramen tempatan.

#7 Final Rrecipe (2014)

Meneruskan impian datuknya yang mahu dia menjadi seorang tukang masak hebat. Meskipun seorang tukang masak amatur, Mark berjaya mengalahkan ramai tukang masak profesional lain apabila menyertai satu pertanding memasak tanpa pengetahuan keluarganya.

#8 Ratatouille (2007)

Kosah seekor tikus yang mempunyai bakat memasak luar biasa ini sangat mencuit hati dan menghiburkan! Kalau belum tengok, memang tersangatlah rugi.

#9 Waitress (2007)

#10 Le Grand Chef 2: Kimchi Battle (2010)

Bonus

Cook Up a Storm Official (2017)

Selamat menonton di hujung minggu dan Bon Appétit! ❤️

The post Jom Tengok! 10 Filem Terbaik Tentang Tukang Masak & Makanan appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584