Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Vokalis Linkin Park Chester Bennington Mati Gantung Diri

$
0
0

Jika anda lahir sekitar tahun 90an atau awal 2000, anda pasti terbuai dengan alunan muzik rock kumpulan band terkenal Linkin Park yang diketuai Chester Bennington.

Pernah popular dengan lagu hit seperti Numb dan Crawling, vokalis kumpulan itu yang baru menjangkau 41 tahun ditemui mati bunuh diri dalam keadaan tergantung di kediamannya di Los Angeles.

Sumber: Pinterest

Rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell juga mati dalam keadaan yang sama dua bulan lalu sekitar Mei.

Chester (kiri) dan sahabat baiknya Chris Cornell yang turut mati kerana menggantung diri Mei lalu. Sumber: thewrap.com

Untuk pengetahuan semua, semalam 20 Julai sepatutnya adalah ulang tahun kelahiran Chris yang ke-53, lapor E!.

Seperti kebanyakan bintang rock yang lain, keduanya dikatakan bertarung dengan ketagihan alkohol dan dadah namun minat terhadap muzik masih diteruskan.

Chester dan Chris bersama dalam sebuah persembahan beberapa tahun lalu. Sumber: Facebook/Chris Cornell

Chester dan Chris adalah insan yang sangat rapat bahkan Chris sendiri pernah meminta vokalis Linkin Park itu menjadi ayah pembaptisan kepada anak lelakinya, Christopher Nicholas.

Nukilan Surat Dari Chester Untuk Sahabat Baiknya Chris Cornell

With all of my love Chris.

A post shared by Chester Bennington (@chesterbe) on

Linkin Park ditubuhkan pada tahun 1996, dan telah menjual lebih 70 juta album di seluruh dunia serta pernah menerima dua anugerah Grammy.

Sumber: Pinterest

Chester meninggalkan seorang balu, dan enam anak hasil daripada dua perkahwinan dan pernah bercakap tentang keinginan membunuh diri akibat didera sewaktu kanak-kanak.

Keluarga besar Chester. Sumber: hollywood.com

Tonton Video Muzik Numb – Linkin Park

Rest in peace, Chester. ❤️

SUMBER 1, 2 & 3

The post Vokalis Linkin Park Chester Bennington Mati Gantung Diri appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Latest Images