Betul ke tidak?!
Rasa macam mimpi pula bila baca tajuk berita ni kan?
Baru beberapa jam sudah, Facebook GSC Movies ada berkongsi khabar gembira buat para peminat hero hebat Song Joong Ki yang katanya akan tiba di Malaysia pada 9 Ogos tidak lama lagi!

Hal demikian adalah bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul “The Battleship Island” yang bakal ditayangkan pada 17 Ogos depan.
Walau bagaimanapun, pihak GSC masih belum membuat pengumuman rasmi di manakah bintang Song Joong Ki, Hwang Jung Min dan So Ji Sub akan menemui peminatnya sebaik tiba di Kuala Lumpur kelak.
“The Battleship Island” adalah kisah yang diadaptasi dari zaman kolonial Jepun di mana kira-kira 400 rakyat Korea telah dipaksa untuk melombong di Pulau Battleship atau lebih dikenali sebagai Hashima Island oleh penduduk tempatan, namun sedaya upaya cuba mencari jalan untuk melepaskan diri.
Song Joong Ki akan memainkan watak sebagai Park Moo Young iaitu salah seorang ahli pergerakan kemerdekaan Korea yang menyusup masuk ke pulau tersebut bagi menyelamatkan ahli-ahli lain yang ditawan di sana.
Tonton Trailer The Battleship Island
Filem yang dijangka akan menjadi fenomena dalam masa terdekat ini diarahkan oleh Pengarah yang pernah menghasilkan filem terkemuka berjudul “The Berlin File” sekitar tahun 2013 dahulu iaitu Ryoo Seung Wan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook rasmi GSC Movies di [www.facebook.com/gscmovies]
The post Oppa Joong Ki Nak Datang Malaysia! Promosi Filem #TheBattleshipIsland appeared first on Wanista.com.