Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Saluran tvN Movies Sertai Astro Untuk Beri Lebih Hiburan Filem Korea

$
0
0

Berita baik buat para peminat filem Korea, saluran tvN Movies yang menyajikan aneka filem terbaik Korea akan mula menyertai Astro sebagai sebahagian keluarga salurannya bermula 1 Ogos nanti!

Kini para penonton mempunyai lebih banyak pilihan saluran Korea untuk memenuhi keghairahan jiwa yang mahukan hiburan berganda.

Sumber: Twitter

Saluran 435 ini akan menonjolkan pelbagai filem Korea terkini meliputi genre aksi, percintaan, komedi, seram dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, penonton juga berpeluang melihat aksi bintang Korea kegemaran mereka dengan menonton filem blockbuster ternama seperti “Master” lakonan Lee Byun-hun dan Kim Woo-bin, “Mood of the Day” lakonan Moon Chae-won dan Yoo Yeon-seok, “Train to Busan” lakonan Gong Yo, “Gangnam Blues” lakonna Lee Min-ho dan Kim Rae-won dan ramai lagi!

Foto -Arkib Wanista

Nikmati hiburan filem Korea tanpa henti hanya di tvN Movies di Astro saluran 435 Ogos ini. Istimewa sebagai pengenalan buat para pelanggan Astro HD yang melanggan Movie Pack, jangan ketinggalan untuk menonton saluran tvN Movies on demand yang turut bisa ditonton via Astro GO serta Astro TV dengan pilihan sari kata Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia juga Cina.

Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.astro.com.my/koreanpack]

The post Saluran tvN Movies Sertai Astro Untuk Beri Lebih Hiburan Filem Korea appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles